Teruja atau dalam bahasa inggerisnya excited!!! Ada orang kata kita kena excited dalam apa yang kita lakukan baru kita dapat lakukan dengan bersungguh-sungguh. Perasaan ni sukar untuk aku gambarkan sebab aku pun tak tahu bila masanya aku excited. Bila aku diminta untuk kenang saat keterujaan aku, mesti aku tak dapat nak ingat walau satu pun. Aku sering terasa hidup ini susah. Sebenarnya hidup aku ni terlalu simple,aku yang menjadikannya nampak susah. Aku dapat hidup bersama keluarga dan tak perlu berjauhan dari mereka, dapat tinggal dalam rumah yang selesa walaupun takde astro, aircond dan orang gaji tapi kami tak perlu bayar sewa rumah dan tak perlu panjat tangga 5 tingkat rumah flat macam sesetengah orang, dapat pelajaran yang secukupnya dan tak perlu tinggalkan zaman persekolahan lebih awal macam sesetengah orang untuk bekerja bagi menampung keluarga dan sebagainya. Aku tak pernah bersyukur dengan segala yang aku ada. Aku selalu rasa serba kekurangan dalam diri, keluarga, dan kehidupan aku. Mungkin dengan sebab itu aku tak rasa excited dengan kehidupan dan tak pernah nak cuba atau terfikir untuk buat sesuatu yang bermakna dalam hidup. Mungkin sudah menjadi kebiasaan aku. Tapi aku tak boleh macam ni. Aku kena amalkan “I cried when I had no shoes until I saw a man without feet”. Setiap saat itu amat berharga. Nanti di akhirat Allah akan tanya setiap saat yang aku spent di dunia ni, malah mungkin akan ditanya bagi setiap mili,mikro, atau nano saat. Ya Allah, betapa ruginya saat-saat aku yang telah berlalu. Masa yang telah berlalu takkan kembali lagi. Pepatah melayu “masa itu emas” memang amat tepat! Cuba bayangkan kalau setiap saat aku diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Mungkin dah banyak ilmu, skill, dan improvement yang aku dah dapat. Semua tu perlukan pengorbanan dan willing heart untuk dapatkannya. Jadi mulai sekarang aku kena ada willing heart dan excitement dalam setiap apa yang aku buat. Aku juga kena selalu niat untuk buat semuanya kerana Allah dan kena istiqamah dalam apa yang aku buat. InsyaAllah. Amin.