Aku terbaca mengenai artikel ni dari majalah kosmopolitan(kalau tak salah la). Biasanya diawal kedatangan haid seseorang perempuan, darah yang mengalir berwarna merah tetapi di penghujung haid seseorang, darah yang keluar akan berwarna merah-kecoklatan (betul ke istilah yang aku guna ni?). Ini kerana darah yang keluar diawal haid seseorang adalah lebih banyak dan laju pengeluarannya. Oleh itu, ia tidak sempat dioksidakan. Tetapi, darah yang keluar di akhir haid semakin berkurangan dan mempunyai lebih masa untuk dikeluarkan. Oleh itu, ia akan dioksidakan oleh udara dan bertukar warna menjadi gelap. Aku pun tak pasti samada aku memang tak tahu atau lupa yang aku pernah belajar tentang pengoksidaan darah. Senang je sebenarnya fakta ni! Takde kena-mengena pun dengan ketakseimbangan hormon, masalah kesuburan atau penyakit dalaman wanita. Jadi tak perlulah risau. Sebab itulah kalau kita tengok bila darah yang melekat pada pakaian atau lantai yang tak dicuci dengan segera akan bertukar warna.
Kenapa darah haid menjadi gelap pada penghujung haid?
April 17, 2008 by cahayaketenangan3