Untuk kali yang pertama aku mengundi. Tapi aku takde la pulak rasa berdebar. Mungkin sebab aku dah tahu dan dah bulatkan tekad untuk siapa aku perlu pangkah. Di kawasan aku memang perang poster sangat meriah. Pusing kiri kanan mesti ade je poster calon-calon dari parti yang berlainan. Sampai boleh hafal nama orang yang bertanding. Kawan merangkap jiran aku yang baru balik belajar kat Perak sampai terkejut tengok keadaan kawasan kitorang. Dia kata di kawasan dia belajar kat Perak takde la pulak sampai macam tu. Bersemangat dia nak mengundi tengok kawasan dia tinggal macam tu.Tapi malangnya tiba hari mengundi nama dia tiada dalam senarai. Kena tunggu 4 tahun lagi la Cik Da…
Waktu dalam perjalanan nak mengundi memang boleh tengok ada penyokong-penyokong parti yang cuba pancing undi. Aku hanya mampu mengangguk dan senyum bila disuruh untuk pangkah parti pilihan mereka. Lenguh juga la beratur nak mengundi. Kiranya barisan pengundi yang berumur 30 tahun ke bawah lah yang paling panjang. Berjiwa patriotik juga pemuda-pemudi kat tempat aku. .*wink*. Tapi takde la bosan sangat sebab jumpa ramai kawan lama yang datang mengundi.
Malam tadi memang berdebar semua orang kat rumah aku menunggu keputusan PRU 12. Rasanya semua rakyat Malaysia yang prihatin pun macam tu juga. Memang amat memeranjatkan bila mengetahui keputusan semalam. BA banyak memonopoli undi berbanding BN! Tapi yang paling kami semua bengang waktu nak tunggu mereka umumkan keputusan bagi negeri Selangor. Aku pun tak tahu apa masalahnya sebab melalui internet banyak keputusan yang dah dikeluarkan termasuklah di negeri Selangor. Tapi aku masih menunggu keputusan rasmi yang dikeluarkan melalui televisyen sebab macam-macam boleh berlaku. Kalau ingatkan balik dah pukul 1 pagi pun keputusan untuk negeri Selangor masih belum dikeluarkan. Sampai akhirnya aku tertidur tanpa mengetahui keputusan rasmi untuk negeri Selangor. Bila bangun pagi mak aku beritahu yang kerusi negeri Selangor banyak dimenangi oleh BA. Tahniah BA!
Tapi bila aku tengok jalan taman aku tinggal dan taman-taman bersebelahan rasa kasihan pula pada kerajaan. Semuanya baru di tar beberapa hari sebelum hari mengundi. Tapi itu semua belum cukup untuk membuat mereka memilih BN. Mungkin ramai yang inginkan pembaharuan!