Feeds:
Posts
Comments

Aku terbaca mengenai artikel ni dari majalah kosmopolitan(kalau tak salah la). Biasanya diawal kedatangan haid seseorang perempuan, darah yang mengalir berwarna merah tetapi di penghujung haid seseorang, darah yang keluar akan berwarna merah-kecoklatan (betul ke istilah yang aku guna ni?). Ini kerana darah yang keluar diawal haid seseorang adalah lebih banyak dan laju pengeluarannya. Oleh itu, ia tidak sempat dioksidakan. Tetapi, darah yang keluar di akhir haid semakin berkurangan dan mempunyai lebih masa untuk dikeluarkan. Oleh itu, ia akan dioksidakan oleh udara dan bertukar warna menjadi gelap. Aku pun tak pasti samada aku memang tak tahu atau lupa yang aku pernah belajar tentang pengoksidaan darah. Senang je sebenarnya fakta ni! Takde kena-mengena pun dengan ketakseimbangan hormon, masalah kesuburan atau penyakit dalaman wanita. Jadi tak perlulah risau. Sebab itulah kalau kita tengok bila darah yang melekat pada pakaian atau lantai yang tak dicuci dengan segera akan bertukar warna.

Teruja

Teruja atau dalam bahasa inggerisnya excited!!! Ada orang kata kita kena excited dalam apa yang kita lakukan baru kita dapat lakukan dengan bersungguh-sungguh. Perasaan ni sukar untuk aku gambarkan sebab aku pun tak tahu bila masanya aku excited. Bila aku diminta untuk kenang saat keterujaan aku, mesti aku tak dapat nak ingat walau satu pun. Aku sering terasa hidup ini susah. Sebenarnya hidup aku ni terlalu simple,aku yang menjadikannya nampak susah. Aku dapat hidup bersama keluarga dan tak perlu berjauhan dari mereka, dapat tinggal dalam rumah yang selesa walaupun takde astro, aircond dan orang gaji tapi kami tak perlu bayar sewa rumah dan tak perlu panjat tangga 5 tingkat rumah flat macam sesetengah orang, dapat pelajaran yang secukupnya dan tak perlu tinggalkan zaman persekolahan lebih awal macam sesetengah orang untuk bekerja bagi menampung keluarga dan sebagainya. Aku tak pernah bersyukur dengan segala yang aku ada. Aku selalu rasa serba kekurangan dalam diri, keluarga, dan kehidupan aku. Mungkin dengan sebab itu aku tak rasa excited dengan kehidupan dan tak pernah nak cuba atau terfikir untuk buat sesuatu yang bermakna dalam hidup. Mungkin sudah menjadi kebiasaan aku. Tapi aku tak boleh macam ni. Aku kena amalkan “I cried when I had no shoes until I saw a man without feet”. Setiap saat itu amat berharga. Nanti di akhirat Allah akan tanya setiap saat yang aku spent di dunia ni, malah mungkin akan ditanya bagi setiap mili,mikro, atau nano saat. Ya Allah, betapa ruginya saat-saat aku yang telah berlalu. Masa yang telah berlalu takkan kembali lagi. Pepatah melayu “masa itu emas” memang amat tepat! Cuba bayangkan kalau setiap saat aku diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Mungkin dah banyak ilmu, skill, dan improvement yang aku dah dapat. Semua tu perlukan pengorbanan dan willing heart untuk dapatkannya. Jadi mulai sekarang aku kena ada willing heart dan excitement dalam setiap apa yang aku buat. Aku juga kena selalu niat untuk buat semuanya kerana Allah dan kena istiqamah dalam apa yang aku buat. InsyaAllah. Amin.     

Aku pernah tonton rancangan American Next Top Model tapi tak ingat season berapa. Salah satu tugas yang diberikan kepada model adalah mereka kena buat commercial just untuk beberapa minit pasal covergirl. Ada yang berjaya buat dengan cemerlang tapi ada juga yang hancur. Salah satu model ni tak berjaya buat dengan baik, tak taulah sebab itu menurut Tyra Bank. Tapi aku tengok dia elok je. Model tu bagi alasan dia malu tapi Tyra cakap tu namanya bukan malu tapi takut dekat orang. Tyra kata sebenarnya ramai pelakon yang pemalu tapi mereka berjaya juga dalam bidang lakonan. Masalah model tu bukan malu tapi dia takut dengan kamera dan orang. Dia tak yakin untuk tunjukkan expressi dia kat orang lain.

Bila aku dengar Tyra cakap macam tu, aku rasa yang aku mengalami masalah yang sama dengan model tu. Aku memang tak pandai nak bergaul dengan orang. Ntahla, selama ni aku kawan dengan beruk kot… Aku tak ramai kawan. Selalu duduk sorang-sorang. Kekadang aku lebih selesa hidup sendiri daripada bergaul dengan orang. Aku selalu rasa aku tak sama dengan orang lain. Aku susah nak rapat dengan orang. Ada kawan-kawan yang kata aku ni suka control ayu. Mungkin ada benarnya apa yang mereka cakap. Tapi nak buat macam mana dah aku ni memang macam ni. Aku rasa faktor keluarga dan persekitaran yang buat aku macam ni. Waktu kecil aku terlalu ikut perangai ibu bapa aku. Aku buat apa yang mereka suruh dan tak buat apa yang mereka tak bagi. Asyik belajar je. Kira anak yang baiklah. Aku buat apa yang mereka suka dan bukan apa yang aku suka. Aku jadi penakut untuk mencuba. Adik-beradik aku yang lain tak macam aku. Mereka buat je apa yang mereka suka. Sampai besar aku macam tu dan aku selalu salahkan mereka sebab mereka aku jadi macam ni. Tapi aku tak cakap pun depan mereka, aku cakap dalam hati je. Tapi still berdosa! Keluarga aku jenis yang tak bergaul sangat dengan orang. Di rumah pun kami semua tak berapa mesra. Cakap pun benda yang perlu je. Masing-masing buat hal sendiri. Dengan saudara-mara pun tak rapat. Kami semua ada masalah komunikasi yang tak berkesan (akulah yang paling kronik).   

Dulu aku boleh dikatakan glamour juga di kalangan kawan-kawan sekelas. Aku agak pandai dan aktif masuk pertandingan. Lepas tu aku pun tak tahu apa yang berlaku pada aku. Aku mula ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa aku (sebab mereka bekerja) tapi aku duduk terperap di rumah je. Duit yuran sekolah serta yuran bas aku guna buat beli junk food.  Aku mula tak bercakap dengan kawan-kawan dan mengasingkan diri dari mereka. Aku rasa seolah-olah mereka menjauhkan diri dari aku. Perasaan aku je kot. Selama beberapa tahun aku macam tu sampai bila disuruh jawab soalan dalam kelas or buat presentation aku jadi gugup dan nervous. Aku rasa semua orang akan kata mereka juga nervous tapi nervous aku ni dah macam tahap maksimum. Tangan jadi ketar, dan dari suara aku pun orang boleh detect aku nervous! Samapi cikgu pun ada yang marah dekat aku sebab aku nervous. Sepatutnya dia tolong aku tapi sebaliknya. Sejak dari tu, aku lagi rasa rendah diri dan menjauhkan diri dari kawan-kawan.   

 Ya Allah, aku pun tak tahu apa nak jadi dengan aku ni. Aku ni takut pada siapa sebenarnya? Bila la aku nak jadi ikhlas dan jujur dengan diri sendiri? Bila la aku nak berani berhadapaan dengan kenyataan dan cabaran dunia ni? Ya Allah, adakah ini dugaan dariMu atau balasan bagi dosa-dosa aku sebelum ni?  Jika ini balasan dariMu, tabah dan pasrahkanlah aku untuk menghadapinya. Jika ini dugaan dariMu, berilah aku kekuatan untuk hadapinya! Kalau cubaan kecil pun aku tak mampu hadapi inikan pula cabaran yang lebih besar. Kurniakanlah cahaya petunjuk dariMu.

Kemudaratan dan kenikmatan itu hanyalah dari Allah…..                      

Untuk kali yang pertama aku mengundi. Tapi aku takde la pulak rasa berdebar. Mungkin sebab aku dah tahu dan dah bulatkan tekad untuk siapa aku perlu pangkah. Di kawasan aku memang perang poster sangat meriah. Pusing kiri kanan mesti ade je poster calon-calon dari parti yang berlainan. Sampai boleh hafal nama orang yang bertanding. Kawan merangkap jiran aku yang baru balik belajar kat Perak sampai terkejut tengok keadaan kawasan kitorang. Dia kata di kawasan dia belajar kat Perak takde la pulak sampai macam tu. Bersemangat dia nak mengundi tengok kawasan dia tinggal macam tu.Tapi malangnya tiba hari mengundi nama dia tiada dalam senarai. Kena tunggu 4 tahun lagi la Cik Da…

Waktu dalam perjalanan nak mengundi memang boleh tengok ada penyokong-penyokong parti yang cuba pancing undi. Aku hanya mampu mengangguk dan senyum bila disuruh untuk pangkah parti pilihan mereka. Lenguh juga la beratur nak mengundi. Kiranya barisan pengundi yang berumur 30 tahun ke bawah lah yang paling panjang. Berjiwa patriotik juga pemuda-pemudi kat tempat aku. .*wink*. Tapi takde la bosan sangat sebab jumpa ramai kawan lama yang datang mengundi. 

Malam tadi memang berdebar semua orang kat rumah aku menunggu keputusan PRU 12. Rasanya semua rakyat Malaysia yang prihatin pun macam tu juga. Memang amat memeranjatkan bila mengetahui keputusan semalam. BA banyak memonopoli undi berbanding BN! Tapi yang paling kami semua bengang waktu nak tunggu mereka umumkan keputusan bagi negeri Selangor. Aku pun tak tahu apa masalahnya sebab melalui internet banyak keputusan yang dah dikeluarkan termasuklah di negeri Selangor. Tapi aku masih menunggu keputusan rasmi yang dikeluarkan melalui televisyen sebab macam-macam boleh berlaku. Kalau ingatkan balik dah pukul 1 pagi pun keputusan untuk negeri Selangor masih belum dikeluarkan. Sampai akhirnya aku tertidur tanpa mengetahui keputusan rasmi untuk negeri Selangor. Bila bangun pagi mak aku beritahu yang kerusi negeri Selangor banyak dimenangi oleh BA. Tahniah BA!

Tapi bila aku tengok jalan taman aku tinggal dan taman-taman bersebelahan rasa kasihan pula pada kerajaan. Semuanya baru di tar beberapa hari sebelum hari mengundi. Tapi itu semua belum cukup untuk membuat mereka memilih BN. Mungkin ramai yang inginkan pembaharuan!        

AKHIRNYA…

Akhirnya aku berjaya juga menghasilkan blog aku sendiri. Sebenarnya aku dapat ilham untuk tulis blog ini dari cikguku. Terima kasih cikgu. Waktu belajar subjek penulisan, beliau beritahu yang blog merupakan trend terkini untuk menulis ape-ape je idea dan comment kita sendiri. Kiranya menulis kat blog ni takde limit la. Ape-ape yang kite nk tulis kite tulis je. Takde orang yang nak larang, marah, atau saman. Kalau ade orang nak marah atau bagi feedback, baguslah. Itu tandanya ada orang prihatin dengan tulisan aku. So feedback yang orang bagi kat blog ni menggalakkan discussion la. Tapi yang paling terkesan dekat hati hati aku nak tulis blog ni waktu cikgu aku cakap blog ni tempat untuk meluahkan perasaan. Dia kata ade orang yang alami masalah, so selain dari ambil ubat anti-deppression atau dadah, terjun bangunan atau buat benda-benda yang tak elok baik tulis blog. Dia kata waktu dia bengong-bengong sebab putus cinta pun dia tulis blog. Habis semua benda dia cerita. Siap buat video kat you-tube and import dalam blog dia lagi. 

Banyak kali aku dengar orang kata kalau kita ada masalah jangan simpan. Cari orang yang kita boleh percaya dan luahkan masalah pada dia. Memang dalam hidup ni kita akan jumpa orng yang boleh dipercayai tapi masalahnya berapa ramai orang yang sanggup dengar masalah kita? Kiranya aku ni bermasalah la juga. Memang pun! Jadi sebelum aku meletup atau buat benda-benda yang tak elok macam yang aku cakap tadi, ada baiknya aku luahkan ape yang bersarang di hati aku ni. Sebenarnya mula-mula aku tak confident juga nk buat blog sendiri tapi aku rasa ni channel terbaik untuk aku suarakan isi hati aku ni. Mudah-mudahan aku akan jumpa sinar atau cahaya yang aku cari buat bekalan dunia dan akhirat. Amin.   

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!